Friday, June 24, 2011

politik dari kaca mata saya

POLITIK

apabila berbicara saja mengenai politik, maka akan berpusu-pusu manusia mengatakan pandangan pendapat serta sokongan mereka mengenai sesuatu parti politik mahupun individu yang terlibat dengan politik itu sendiri.
dan yang membuatkan saya lebih tertarik ialah apabila PENYOKONG parti politik TERLALU BEREMOSI dan terlalu OBSES dengan PEMIMPIN PARTI POLITIK sehingga menjadikan MEREKA SEBAGAI IDOLA. Dan paling mengecewakan saya ialah apabila PENYOKONG INI MULA MEMPERTARUHKAN NYAWA, HARTA dan SEBAGAINYA demi PARTI mereka itu sedangkan, PEMIMPIN terbabit mungkin TIDAK MENGENALI mereka malahan tidak pernah mengambil tahu mengenai penyokong mereka ini. Drama politik ini boleh kita lihat di mana2. Namun sedarkah kita akan REALITI sebenar POLITIK ini? saya tidak menyokong mana-mana parti. Malah saya secara peribadi lebih suka menjadi pemerhati dan membuat analisa mengenai semua parti yang terdapat di Malaysia. jujur saya katakan, TIADA SATU PUN PARTI POLITIK yang MEMENTINGKAN AGAMA ISLAM, ORANG MELAYU juga HAK RAKYAT MALAYSIA secara adil dan sepatutnya.
Hal ini kerana, tiada siapa yang sempurna. masing-masing mempunyai agenda tersendiri, masing-masing mengejar kuasa.
Namun demikian, saya amat kesal dengan sikap rakyat malaysia. apabila PEMIMPIN parti politik BERPERANG MULUT, PENYOKONG dibawah sudah BERTUMBUK MUKA, BERPECAH BIBIR demi menengakkan PEMIMPIN masing-masing. alasan??? MAHU MENJAGA MARUAH PARTI, MARUAH PEMIMPIN. tidakkah itu dianggap keterlaluan??
Sudah-sudahlah..usahlah beremosi ketika berpolitik. GUNAKAN AKAL, GUNAKAN KEWARASAN kerna apabila EMOSI MERAJAI, KEWARASAN AKAN HILANG, KEMARAHAN yang datang. sedar2 lah..

No comments:

Post a Comment