Wednesday, August 26, 2009

DiA

Semalam
Aku bermimpi tentang dia
hadirnya tanpa bicara
diam
sunyi
Namun ku lihat sinar matanya berbicara
Aku takut untuk terus menatap
Bukannya aku takut menyingkap kenangan
Bukannya aku kecewa dengan perpisahan
Bukannya aku tak bisa merawat luka
Namun kadangkala jiwa ini ingin sendiri
Hati ini mahu lari dari disakiti

Hari ini
Ku buka mataku
Ku hayun langkahku
Biarkanlah mimpi semalam terus menjadi kenangan
Biarkanlah kenangan dahulu menjadi mimipi semalam

Bukannya aku mahu hidup dalam kenangan
Namun ku mahu kenangan itu masih hidup bersamaku
kerana kenangan itu adalah memori


No comments:

Post a Comment